Hati aku waktu ni macamana ? tipu kalau aku cakap aku tak rasa apa apa . dan kenapa aku kena rasa nak bukak ig kau malam ni . kenapa aku terlintas nak search something dekat ig dan aku dapat satu tamparan besar bila tengok gambar kau . tunang dengan dia tiga hari lepas . sakit . betul . rasa hati aku macam dipukul dengan tukul dan dihiris dengan gergaji . pedih izz . pedih sangat rasa . air mata aku mengalir terus time tu jugak . aku tak dapat control emosi aku . aku rasa nak jerit sekuat hati . aku xmove on izz . ya memang aku tak move on . sayang tu bukan boleh tukar sekelip mata izz . bila aku dah betul betul sayang kau . gambar tu betul betul buat hati aku hancur . kau bakal jadi milik orang lain . padahal dulu kita pernah berimpian untuk hidup sama sama sampai bila bila . sampai syurga . jodoh kita mungkin sampai sini je . dan mungkin dia jodoh kau yang sampai syurga . tapi aku harap bila kau dah move on kau jangan paksa aku untuk sayang orang yang aku tak sayang . dan aku memang tak boleh sayang . sayang aku sampai sekarang ni masih untuk kau . dan aku tak tahu sampai bila . walaupun kau dah kahwin nanti . aku tak tahu perasaan ni akan mati atau tak . walaupun cuma setahun lebih jodoh yang tuhan bagi untuk kita kenal untuk kita rasa bahagia . aku tak pernah rasa rugi kenal kau . aku rasa bersyukur tuhan bagi aku ruang untuk kenal kau untuk tengok kau untuk sayang kau hampir sepenuh hati aku .
Aku tak pernah rasa sakit sesakit aku hilang kau . aku tak pernah rasa terhirisnya hati aku saat aku tahu kau ada orang lain . Saat kau pilih untuk bawa haluan masing masing . hancur hati aku izz . hancur lumat . dulu memang aku tak boleh terima kau dengan orang lain . aku memang sumpah kau takkan jumpa kebahagiaan kau . kalau bukan dengan aku . dan takkan ada perempuan yang boleh miliki kau . aku terlalu ikutkan emosi aku masa tu . aku terlalu sayangkan kau . aku taknak hilang kau . aku hilang arah lepas kita mula buat haluan masing masing . aku tak boleh kerja . anxiety aku menjadi jadi . setiap malam aku nangis . aku marah diri aku kenapa aku bagi sayang aku banyak banyak dkt kau sedangkan sebelum ni aku dah janji dengan diri aku yang sayang tu bagi sikit je . tapi kau dah ambil hampir sepenuh hati aku . aku tak tahu kenapa aku sayang sangat dekat kau . nak hidup dengan kau . nak tengok kau waktu aku bangun dan sebelum aku tidur . makan dengan kau . jalan dengan kau . kau sangat membahagiakan aku . tenung kau pn dah boleh buat aku senyum . belum lagi dengar suara kau .
izz , jujur aku rindukan kau . rinduu sangat izz . kenapa kau bagi aku terlalu banyak kenangan . semua tempat aku nampak kau . hot and roll, cool blog , texas chicken , mcdonald , scm , pd , bukit melawati , pantai remis , hkl , sunway putra , even jalan depan rumah pun dah buat aku rinduu kau . kenapaa izz . why too much memories izz kau tinggalkan . kenapa sayang ni pun kau tinggalkan . kau dah pilih dia . tapi hati aku ni masih pilih kau . kadang kadang aku marah dengan diri sendiri . kenapa aku masih lagi nak kau . sebab dari awal memang aku pilih kau dan kau lelaki yang aku pernah pilih untuk jadi bakal suami aku , yang aku kenalkan dekat umi dan abah aku untuk jadi menantu dorang . yang aku yakin boleh jaga aku dan bahagiakan aku sampai bila bila . kau pilihan pertama aku yang aku nak . walau banyak mana pilihan yang aku ada . walau sejauh dan selama mana aku kenal dengan orang lain . aku tetap pilih kau . tapi aku sedar jodoh tu macamana aku pegang kalau bukan jodoh tetap takkan bersama sampai bila bila .
aku tahu aku pentingkan diri sendiri . aku terlalu ikutkan emosi aku . sampai aku doakan yang tak baik untuk kau .lepas aku keluar dari sini , aku cari ketengan . aku tenangkan fikiran aku . aku dah faham apa erti perasaan sayang tu yang sebenar . dan cinta tu tak semestinya bahagia dengan memiliki . jika melepaskan adalah yang terbaik .dan jika memang kebahagiaan izz Allah dah tetapkan dengan orang lain . kenapa aku nak lawan takdir . izz , ketahuilah aku ikhlas dan reda lepas kan kau dengan dia . walaupun hati aku hancur . walaupun perit dan pedihnya hati aku ni untuk lepaskan kau dengan orang lain . tapi aku faham satu benda jee . aku nak kau bahagiaaaa macamana pun walaupun bukan dengan akuu , aku nak sangat kau bahagia izz . memang aku sakitt tapi aku yakinn bila tengok kau , orang yang sangat aku sayangg bahagiaa . aku yakin sakit rasa hilang kau tu akan terubat dengan cuma lihat kebahagiaan kau . bahagia kau sampai bila bila akan jadi bahagia aku izz .
izz , kau jangan risaukan aku . kau jangan rasa serba salah dengan pilihan yang kau buat . kau dah pilih dia . dan aku yakin kau dah isthikharah . pasal aku kau janganlah risau . aku okey . jangan paksa aku kahwin . even kau dah kahwin . aku takkan kahwin selagi aku tak mampu lupakann kau . hilangkan rasa sayang dekat kau . perasaan aku terlalu kuat sampai mungkin amik masa yang lama untuk pergi . takde orang yang aku pernah sayang sekuat aku sayang kau . jadi memang untuk lupakan kau bukan satu hal yang mudah .
i really miss you so bad . good night izz !